DETAIL PERMOHONAN

← Kembali ke Senarai
Tahun 2026
Nama Agensi ICT@JOHOR, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
No. Rujukan SUKJ.ICT.500-3/3/4 Jld 5 (9)
Jumlah Dipohon 16
Jumlah Diluluskan 16
Bil. Program / Projek Kelayakan Akademik Skop Tugas Tempoh Kadar Upah Jumlah Dipohon Jumlah Diluluskan Keputusan Catatan
1 Projek Pembangunan Sistem ICT 2026 OLD-2026-000011 Setaraf Ijazah Sarjana Muda 1. Perancangan dan Pemantauan Projek
• Menyediakan pelan induk pembangunan sistem.
• Menyusun jadual pelaksanaan projek berdasarkan keutamaan dan sumber.
• Memastikan projek mengikut masa, kos, skop dan kualiti yang ditetapkan.
• Menyemak kemajuan projek secara berkala.
2. Pengurusan Risiko dan Isu
• Mengenalpasti risiko projek (teknikal, sumber manusia).
• Menyelesaikan isu-isu kritikal yang boleh mengganggu kelancaran pembangunan sistem.
3. Koordinasi Antara Pihak Berkepentingan (Stakeholders)
• Berurusan dengan jabatan pemilik sistem (system owner) untuk keperluan bisnes.
• Menjadi penghubung antara pasukan pembangunan sistem (developer) dan pengguna akhir.
• Menyediakan dokumentasi hasil perbincangan, minit mesyuarat dan keperluan sistem.
4. Pengurusan Sumber dan Kontrak
• Memastikan sumber dalaman dan luaran (vendor) digunakan secara optimum.
• Memantau prestasi vendor berdasarkan kontrak.
• Menyediakan keperluan teknikal (TOR) untuk perolehan sistem.
5. Pelaporan dan Dokumentasi
• Menyediakan laporan kemajuan untuk pihak pengurusan atau mesyuarat.
• Menyediakan dokumentasi projek berpandukan Garis Panduan KRISA.
6. Kawalan Kualiti dan Ujian Sistem
• Merancang dan memantau aktiviti UAT, FAT, dan PAT bersama team penguji dan pengguna.
12 bulan RM2,300.00 2 2 DILULUSKAN
2 Projek Pembangunan Sistem ICT 2026 OLD-2026-000012 Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 1. Melaksanakan kerja-kerja Meja Bantuan bagi Platform Pembayaran Dalam Talian / Pengurusan akaun pengguna awam untuk platform pembayaran.
• Menerima dan merekod aduan pengguna awam berkaitan portal dan aplikasi mudah alih pembayaran dalam talian kerajaan Negeri Johor.
• Membantu pengguna awam untuk trouble shoot masalah secara dalam talian.
• Mengagihkan aduan yang diterima ke Jabatan / Agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
• Membantu dalam penghasilan pelaporan aduan yang diterima.
12 bulan RM2,100.00 1 1 DILULUSKAN
3 Pemeriksaan Aset di seluruh Negeri Johor OLD-2026-000013 Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 1. Bekerjasama bersama Juruteknik membuat pemeriksaan aset.
2. Melaksanakan 1st level support untuk panggilan-panggilan berkaitan operasi.
3. Menjalankan statistik dan operasi meja bantuan ICT jabatan.
4. Menyediakan laporan/draf yang berkaitan.
5. Membantu membuat penyelenggaraan, menaik taraf dan juga pelupusan aset jabatan.
12 bulan RM2,100.00 1 1 DILULUSKAN
4 Pemeriksaan Aset di seluruh Negeri Johor OLD-2026-000014 Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1. Membantu melaksanakan pemeriksaan aset sebanyak 6,000 unit di 10 daerah di Negeri Johor;
2. Melaksanakan semakan dan pengesahan aset ICT jabatan;
- Melaksanakan semakan fizikal aset alih ICT dan tidak alih bagi memastikan kewujudan, keadaan dan penempatan aset adalah selaras dengan rekod rasmi;
3. Menyemak keselarasan rekod aset dalam sistem;
- Menyemak maklumat aset di dalam sistem pengurusan aset (contoh: iSPEKS / daftar aset manual) meliputi nombor siri, lokasi, pengguna dan status aset;
4. Mengemaskini maklumat aset;
- Membantu mengemaskini maklumat aset yang tidak tepat seperti pertukaran lokasi, pegawai pengguna, keadaan aset atau pelabelan
5. Mengenal pasti aset rosak, tidak ekonomik dibaiki atau tidak digunakan;
- Melaporkan aset yang rosak, usang atau tidak lagi digunakan untuk tindakan lanjut seperti pelupusan, pindahan atau penyelenggaraan;
- Menjalankan kerja-kerja yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa;
6. Membantu penyediaan laporan semakan aset;
- Menyediakan senarai penemuan, ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan hasil daripada semakan aset untuk rujukan pegawai bertanggungjawab;
7. Membantu pelabelan dan penandaan aset;
- Membantu memastikan semua aset dilabel dengan betul dan jelas mengikut peraturan pengurusan aset kerajaan;
8. Melaksanakan tugasan lain berkaitan pengurusan aset;
- Melaksanakan tugasan tambahan berkaitan pengurusan dan kawalan aset seperti diarahkan oleh pegawai penyelia dari semasa ke semasa.
12 bulan RM1,900.00 12 12 DILULUSKAN
JUMLAH 16 16